Jumaat, Jun 26, 2009

PERTIKAI JANGAN TAK PERTIKAI

Pro-Idris pertikai rombakan Hisham - Malaysiakini

Kumpulan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said.Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan.

"Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad.

Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha, Ahmad Shabery ketua penerangan dan Abdul Rahin pula bendahari.

Tengku Putera menggantikan ketua Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ahmad Shabery (Datuk Zuber Embong) dan Abdul Rahin (Datuk Roslan Awang Chik).

Umno Terengganu terus-menerus berdepan kemelut sejak Ahmad menggantikan Idris, Mac tahun lalu, apabila sebahagian besar ADUN tidak menyokong kempimpinan Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ahmad mempertikaikan kenapa isu rombakan terus dibangkitkan.

"Setahu saya Datuk Seri Idris telah menyatakan persetujuan siapa sahaja yang mahu dilantik oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya, yang enggan mendedahkan identitinya.

"Adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?"

Sabtu, Jun 13, 2009

PEMIMPIN UMNO TRG DITAHAN SPRM?

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?

Written by Editor - sumber : Buletin Online
Friday, 12 June 2009 02:57


BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?

KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta.

Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004.

BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.

Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu.

Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta. Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).

Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.

Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).

Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.

Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.

Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.

Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu. Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.

Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.

Jadi apa kaitannya ?

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).

Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.

Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM 500,000.

Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.

Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan?

Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said?Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !

Last Updated on Saturday, 13 June 2009 02:27

Jumaat, Jun 05, 2009

UMNO BERBALAH HINGGA BUMBUNG STADIUM RUNTUH

Oleh kerana puak-puak di dalam Umno Terengganu saling bertelagah di antara satu sama lain, kerajaan Umno negeri Terengganu telah mengabaikan pembangunan dan kebajikan di negeri tersebut kerana mereka asyik berpolitik, sehingga mengakibatkan runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Runtuhan tersebut berlaku akibat daripada struktur bangunan yang tidak kukuh dan jelas terdapat elemen-elemen rasuah di dalam pemberian kontrak pembinaan tersebut sampailah ke peringkat kelulusan dan persijilan.

Sekiranya kerajaan Umno negeri Terengganu itu benar-benar mengutamakan pembangunan dan keperluan rakyat, runtuhan stadium yang sedemikian yang sungguh memalukan tidak akan berlaku. Kejadian tersebut telah benar-benar memalukan seluruh negara di mata dunia.

Tahukah apa yang akan berlaku jika sekiranya terdapat acara sukan dan keramaian yang sedang berlangsung di dalam stadium tersebut pada hari kejadian? Sudah pasti beratus-ratus orang akan mati ditimbus runtuhan tersebut. Malah besar kemungkinan juga ada orang kenamaan ataupun dari kalangan keluarga di raja akan turut menjadi mangsa akibat daripada kejadian tersebut.

Adakah kerajaan negeri ingin menunggu sehingga ada orang meninggal dunia barulah tindakan susulan diambil?Difahamkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mengeluarkan Sijil Penyempurnaan Kerja terhadap stadium tersebut kerana mereka telah mengetahui struktur bangunan stadium tersebut tidak kukuh dan merbahayakan.

Tetapi kenapa pula pihak JKR tidak menghalang stadium tersebut daripada dibuka kepada orang ramai atau digunapakai walaupun mereka mengetahui stadium tersebut tidak selamat untuk digunakan?

Adakah mereka ini cuba merahsiakan sesuatu ataupun telah dirasuah oleh pihak-pihak tertentu agar perkara ini tidak dihebohkan kepada umum?Ini jelas menunjukkan bahawa elemen rasuah dan penyalahguna kuasa sememangnya sedang berlaku di dalam projek pembinaan stadium ini.

Rasuah tetap rasuah !

(Dipetik daripada : http://changeformalaysia.blogspot.com/)

ALAHAI KERAJAAN UMNO…

SPM 10 Subjek: Memutar Masa ke Belakang

Oleh : alMansur

Salam perjuangan.. Keadaan sekarang memerlukan Sistem Pendidikan Negara dikendalikan oleh golongan cendiakawan & intelektual. Ini kerana, para cendiakawan dan intelektual bertindak di atas kewarasan dan kajian Ilmiah. Namun, apa yang berlaku sekarang, sistem pendidikan negara telah dikendalikan sepenuhnya oleh tangan-tangan politik.

Maka tidak hairanlah berlakunya perkara-perkara diluar kotak fikiran (tindakan bodoh) yang menyebabkan kicar-kacirnya perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Beberapa tindakan bodoh kerajaan seperti PPSMI dan yang terbaru menghadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran sahaja hanya akan merugikan kebangkitan intelektual dikalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Menghadkan 10 subjek bukanlah penyelesaian kepada masalah pembiayaan biasiswa. Mungkin banyak lagi cara lain yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, badan-badan pembiayaan biasiswa hanya dibenarkan membiayai biasiswa dengan merujuk kepada 10 subjek teras sahaja bagi setiap aliran. Manakala subjek selebihnya dijadikan sebagai kaedah persaingan sihat dikalangan pelajar.

Alangkah malangnya pelajar di Malaysia, dalam keadaan masyarakat dunia yang sedang berkembang di era globalisasi ini, sebaliknya pelajar Malaysia telah di sekat dari menguasai kepelbagaian cabang ilmu, ini sangat merugikan negara dan umat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mengambil aliran agama, sudah pasti tidak akan dapat mengambil subjek pure science kerana terikat dengan peraturan bodoh ini (terhad kepada 10 subjek sahaja). Maka akan berlakulah pemisahan ilmu, yang mana pada 50 tahun dari sekarang, kita akan menyaksikan lahirnya golongan-golongan intelektual yang buta tentang kensep 'Kesepaduan Ilmu'.

Persoalannya sekarang, kemana para cendiakawan-cendiakawan negara di dalam menganalisa isu ini? Kenapa tiada seorang pun yang tampil memberi pandangan terhadap tindakan bodoh kerajaan ini?

-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com

Rabu, Jun 03, 2009

STADIUM RUNTUH : APA MANIFESTASINYA?

(dipetik daripada TranungKite.net)

"Kalau kita menjadi rakyat yang cerdik, sudah cukup kita menghukum UMNO/BN dengan hal-hal penyelewengan dan rasuah dalam projek-projek pembangunan untuk rakyat. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Negara Eropah yang lain, pembayar cukai menyedari hak mereka dan tidak teragak-agak menggunakan hak mereka untuk menghukum kerajaan yang korup. Mereka tahu bahawa pembangunan negara menggunakan wang mereka yang dipotong dari cukai pendapatan dan ribuan cukai lain. Bezanya ialah wang rakyat itu bukan secara langsung keluar dari poket mereka. Kalaulah mereka berfikir sudah tentu mereka sedari bahawa wang mereka awal-awal lagi telah diambil oleh kerajaan melalui potongan cukai, duti import dan sebagainya.

Stadium runtuh adalah manifestasi pengurusan projek yang gagal. Sudah tentu berlaku penyelewengan dan urus tadbir yang tidak baik. Ini mengakibatkan kos yang melambung tinggi tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan. Entah berapa juta lagi diperlukan pula duit rakyat untuk membaiki kerosakan. Rakyat, seperti dinyatakan tadi, tidak berasa apa-apa kerana duit tidak diambil dari poket mereka secara langsung.

Izinkan penulis, mendedahkan beberapa ‘projek menyakitkan hati’ di daerah Kemaman, yang penulis lihat dan ketahui. Para pembaca lain sudah pasti mempunyai lebih banyak maklumat tentang projek-projek kerajaan BN yang menyakitkan hati ini. Antaranya, mercutanda ala UFO di depan Balai Bomba, Taman Chukai Utama. Setelah habis hampir RM5 juta, ada hasilnya sekarang? Indahkah UFO itu (umpama UFO rosak yang mendarat di Chukai)? Satu lagi projek BN. Duit siapa tu? Siapa kaut untung? Kedua, Jambatan Sungai Pinang yang terbengkalai sudah dua tahun. Sampai ke hari ini, pengguna yang berulang-alik setiap hari terpaksa menanggung seksa. Jalan sementara tidak diturap, berlopak apabila hujan dan berlubang-lubang. Duit sudah habis berjuta-juta untuk projek itu tetapi apakah hasilnya kini? Siapa untung dari satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini?

Ketiga, projek pembetungan sepanjang jalan Kampung Mak Chili Paya. Sudah berapa kontraktor yang meninggalkan tugas dengan tidak sempurna? Sudah berapa juta duit rakyat hangus tetapi kualiti buatannya amat menyedihkan. Ada tempat bertutup dan ada bahagian tidak bertutup sehingga membahayakan pengguna jalan raya. Itu belum pasti lagi pembentungan itu berjaya mengalirkan air ke sungai dengan sempurna. Sudahlah jalan di hadapan JPJ menghala ke arah parit dan jalan bertebingkan parit dalam yang tidak baiki. Apabila berlaku kemalangan dan kematian, barulah wakil rakyat BN turun padang.

Keempat, pergilah ke jalan dan lorong mana pun, sudah pasti kita akan sakit hati melihat jalan rosak yang tidak dibaiki. Rosaknya masuk berbulan-bulan tanpa tindakan kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olahnya wakil rakyat tidak pernah melalui jalan itu dan wakil rakyat BN memang tidak peduli pun kesusahan rakyat. Mereka cuma ghairah hendak bagi projek besar kepada kroni-kroni mereka. Dan kontraktor kroni inilah yang membaham keuntungan untuk di bahagikan komisyen sesama mereka. Tengoklah Jalan Mak Lagam-Cheneh dan Pasir Gajah-Air Putih. Selesakah rakyat setelah habis wang berjuta.

Kelima, bocor di sana bocor di sini bermula dari Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dan terkini Masjid Kristal kebanggaan Idris Jusoh. Macam mana projek yang melibatkan ratusan juta duit rakyat di bawah satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional boleh menjadi begitu rendah mutu buatannya. Apa yang dapat dibanggakan untuk pelancongan kalau pelancong didedahkan dengan baldi dan besen penadah air hujan.

Stadium runtuh adalah rentetan jambatan terbengkalai, pembentungan separuh masak, jalan beralun dan berlubang dan kebocoran di sana sini. Untuk dibaiki segala kerosakan ini, kerajaan akan menyuntik ratusan juta ringgit lagi. Poket dan akaun bank rakyat disedut lagi. Hanya rakyat yang tolol terus bermurah hati untuk memberi undi setiap kali pilihanraya untuk Barisan Nasional. Kalau kalian menjadi rakyat yang cerdik, penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan sahaja pun sudah cukup untuk kalian menafikan undi untuk BN.