Selasa, Disember 22, 2009

OKU DAN RUNTUHNYA BUMBUNG

Oleh : Salhan K Ahmad (Malaysiakini)

Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

Ahad, Ogos 30, 2009

MANA SATU YANG BETUL NIN BOS…

Sumber : Buletin Online - Saturday, 29 August 2009

Baru Betul H1N1 ; Hishammuddin Nafi Tapi Najib kata UMNO Terengganu Masih Ada Masalah

KUALA TERENGGANU – Beberapa ketika sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 dan 26 Ogos lalu, heboh kembali diperkatakan oleh rakyat jelata, tentang ’undi tidak percaya’ yang akan di usulkan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’Ahmad Said.

Samada berita atau khabar angin yang bertiup, namun yang pastinya, ia datang dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Timbulnya kembali desas-desus mahu menjatuhkan Ahmad itu, menjadi bukti bahawa Umno Terengganu masih berpecah dan masih berbalah.

Dengan itu, sekaligus menolak dakwaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pada 17 Ogos lalu.

Hisham (H1) Nafi Umno Terengganu Pecah

Hisham menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu begitu tinggi.

"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu Stadium Negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui, persengketaan pernah wujud di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun katanya perselisihan faham itu telah diselesaikan.

Walaupun media aliran perdana melaporkan kira-kira 5,000 anggota Umno hadir, hakikat sebenarnya tidak sampai 1,000 yang berhimpun.

Yang turut hadir adalah Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Dan yang tidak nampak hadir dalam program yang cuba menonjolkan kekuatan Umno Terengganu itu adalah Idris Jusoh.

”ADUN Ajil, Dato’ Rosol pun tak nampak kelibatnya, kalau (dia) ada senang nampak, pasal dia tinggi (dari orang lain),”kata seorang rakan media memberitahu.

Rosol Nak Masuk PKR

Kemudian, timbul pula versi (cerita) yang dipopularkan oleh Malaysian Insider, yang mengatakan bahawa Rosol dan beberapa konco-konconya akan ’melompat’ menyertai PKR.

Akhbar Internet itu menyatakan, sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR.

”Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai,

”dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR.

”Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad (Said),” lapor akhbar itu lagi.

Rosol Nafi Nak Masuk PKR, akui Umno masih bermasalah

Pada 26 Ogos, sebaik sahaja tamat sidang DUN, Rosol dikejar wartawan sehingga sampai di tepi ’escalator’ yang menuju Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman.

Kemudian, wartawan pun berebut-rebutlah bertanyakan kepadanya, adakah beliau akan keluar Umno dan adakah beliau masuk PKR?

Rosol tidak mengaku malah menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai PKR.

Beliau menyifatkan laporan akhbar Internet mengenainya adalah bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej Umno.

Beliau mengakui masalah dalaman Umno masih tidak selesai namun katanya beliau tidak pernah berbincang atau berniat untuk meninggalkan UMNO.

''Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini tak akan berlaku dalam kumpulan kita.

''Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO.

''Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak," katanya seperti biasa, sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Selang beberapa minit selepas Rosol membuat kenyatan, beberapa wartawan berkejar memberitahu, Ahmad Said panggil, ada sidang media di pejabatnya.

Ahmad Said syok sendiri

Ahmad Said dalam sidang medianya berkata beliau yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Geng Rosol pula kata ’betul’ nak keluar UMNO

Kemudian, dalam masa 24 jam selepas itu, seorang penyokong Idris yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Tiba-tiba pula dalam akhbar hari ini, Presiden UMNO, Najib (N1) pula berbunyi
Kalau pada 17 Ogos Hisham kata semua perbalahan Umno Terengganu dah selesai, tiba-tiba hari ini, Najib kata "Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu”

Maknanya, Hisham kata selesai, tapi Najib kata tidak lagi, dan yang dimaksudkan sebagai "kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan” itu bermakna Umno Terengganu tidak tenteram dan masih bergolak.

Aiikkk............. yang mana satu betul ni??

Mula-mula Hisham kata semua dah OK, dah bersatu, tapi tiba-tiba masih ada yang nak jatuhkan Ahmad Said dengan undi tidak percaya.

Kemudian Rosol tak berani nak buat usul undi tak percaya, tapi Rosol kata Gengnya tak akan keluar UMNO dan tak akan masuk PKR.

Lepas tu Ahmad Said pula kata, semuanya akan selesai, ramai ADUN yang sudah kembali menyokongnya, tapi pada masa yang sama menyebut, ada ADUN yang masih tak boleh dikawal.

Kemudian Nawi pula tidak menyokong dakwaan Rosol dan berkata mereka memang ada berbincang nak keluar UMNO.

Dan akhir sekali Najib pula menolak dakwaan Hisham bahawa UMNO telah pulih, telah selesai. Najib kata sedang berusaha ’mententeramkan’ tapi belum pulih lagi!

Hishamudin satu (1) dan Najib pun satu (1), dua-dua pun tak betul belaka.

Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa ’pemimpin UMNO pening kepala, H1N1...........

Selasa, Ogos 18, 2009

TAK ADA KE? ALAHAI UMNO...


HISHAMUDIN NAFI UMNO TERENGGANU BERPECAH
berita hairan

KUALA TERENGGANU: Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Sebaliknya, Hishammuddin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu ketika ini begitu tinggi.

"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu di hadapan kira-kira 5,000 anggota Umno empat peringkat di Stadium Negeri, di sini hari ini.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…Kah kah kah….

INGAT CARA MEMBACA MEDIA GEROMBOLAN…kah kah kah…Kah kah kah…

KALAU DI NAFIKAN ERTINYA ADA…. kah kah kah…Kah kah kah….

ABIS IKANG… TUNGGANG LANGGANG…. Kah kah kah…

Kah kah kah... SELAMAT TINGGAL MAT SAID... SELAMAT DATANG PAK DERIS...kah kah kah

Woit… HAIRAN ADA 5000 GEROMBOLAN DALAM STADIUM… kah kah kah..Kah kah kah…

PELIK….NAPA TAK ADA GAMBAR?.... kah kah kah…

kah kah kah... INI MESTI ADA 50,000 ORANG DATANG DALAM STADIUM... BERASAK ASAK JURUGAMBAR TAK DAPAT MASUK... kah kah kah..

Isnin, Ogos 03, 2009

LEPAS SATU, SATU - ALAHAI UMNO

SPRM tahan ADUN Terengganu kerana disyaki terima rasuah – Utusan Malaysia Online (terkini)

02/08/2009 9:50pm

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

Ahad, Ogos 02, 2009

PROSES CARI GLAMOUR - GREPOK UMNO JEEE TU…

DUN TERENGGANU BUBAR?

Sumber : penawarrinduku.blogspot.com

Beranikah Ahmad Said?

Sok sek, sok-sek di Terengganu semakin kedengaran yang kononnya Ahmad Said akan membubarkan Dun Terengganu sebelum persidangan Ogos ini.

Tindakan ini akan diambil setelah Ahmad Said melihat Mahyuddin dan Hishamuddin lebih percaya kepada beliau berbanding kumpulan pemberontak Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid.

Soalannya macamana pula dengan Najib? PM dilihat lebih berminat untuk bersama-sama kumpulan pemberontak. Kalau tidak demikian , masakan ketika cadangan menteri Kabinet beliau sebaik sahaja menjadi PM, nama Idris Jusoh telah disenaraipendekkan.
Namun nasib Idris Jusoh masih malang, nama beliau masih ditolak.

Kegagalan Najib melantik Idris Jusoh dilihat sebagai satu kemenangan kepada Ahmad Said. Tugas menteri yang hendak diletakkan di bahu Idris Jusoh ialah seorang menteri pusat yang khas bagi menjaga hal ehwal Terengganu. Kalaulah hasrat ini terlaksana, sah Terengganu akan mempunyai 2 kepala. Kelam kabut dibuatnya.

Selasa, Julai 07, 2009

MAD SAID & DERIH JUSOH SAMA SAJA - ITULAH ORANG UMNO….

Ahmad Said Pecat ‘Bala Tentera’ Idris Jusoh, Lakukan Penyelewengan Lebih Teruk

Written by SM Noor (Buletin online)
Thursday, 02 July 2009 02:10


KUALA TERENGGANU – Kemelut politik Terengganu pada 14 April lalu merupakan kemuncak perjuangan hidup mati para ‘jeneral’ bekas Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Idris Jusoh.

Walaupun Idris tidak lagi menjadi pemerintah, lebih separuh jeneral Idris menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagai wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya umum lalu.

Oleh itu, tindakan ‘kamikaze’ bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Ahmad Ramzi sewajarnya dianggap ‘syahid’ oleh kumpulan yang menentang MB Dato’ Ahmad Said.

Sekiranya Ramzi didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghantar SMS ugut bunuh, pengorbanan beliau mungkin dianggap berbaloi, senada dengan kenyataan ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, yang sekali lagi menjadi ketua ‘kumpulan pemberontak’.

Rosol telah mengumumkan pada sidang media disebuah hotel, pagi 15 April, 10 ADUN UMNO/BN tidak akan hadir (memboikot) sidang DUN yang sedang berlangsung. Rosol yang juga ketua membantah pelantikan Ahmad sebagai MB setahun lalu berkata, ia adalah kemuncak kepada krisis tidak percaya kepada pentadbiran Ahmad Said. Mereka begitu serius sehingga sanggup ‘menelanjangkan’ Ahmad dengan mendedahkan kepada media, perkara-perkara yang didakwa mereka sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’.

Walaupun senarai itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya, namun Ahmad Said tidak dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana Putrajaya menganggap kemelut itu bukan masalah kerajaan.

Justeru mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hanya menurunkan pangkat Ahmad dalam parti dan melantik sepupu Najib, Dato’ Hishamudin Hussein menjadi Pengerusi UMNO Terengganu yang baru.

Itu cerita yang timbul ke permukaan. Apa cerita dibawah?

Sebenarnya, perang para jeneral Idris menentang Ahmad Said ‘habis-habisan’ pada 14 April lalu adalah untuk menyelamatkan bala tenteranya yang telah dipecat beramai-ramai dua minggu sebelumnya.

Pada 1 April 2009, Ahmad telah membubarkan Unit Bestari (U-Best) satu unit askar-askar upahan yang telah dibentuk dalam zaman pemerintahan Idris dulu.

U-Best adalah barisan hadapan (frontline) selain Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi memperkukuhkan kerajaan ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ yang sudah lenyap kini.

Ia merupakan unit kembar kepada UKOM yang bertindak sebagai ‘mulut’ kepada kerajaan Idris sebagaimana digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004 -2008.

U-Best juga askar-askar Idris yang turut menjalankan kaji selidik di DUN-DUN membantu penyelidikan yang dibuat oleh Terengganu Development Institut (TDI).

Ahmad telah mengambil tindakan memperkukuhkan regimnya dengan menggantikan askar-sakar yang dianggap setia kepada Idris.

Menurut seorang bekas anggota U-Best yang dihubungi Buletinonline, mana-mana anggota U-Best yang boleh beralih, menyatakan kesetiaan kepada Ahmad, akan dikekalkan dalam agensi baru itu.

”Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu atau nama singkatannya APMT secara rasmi mula berkuatkuasa pada 1 April 2009,” katanya.

Pada umumnya, kata beliau, APMT di tubuhkan untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas U-BEST.

Katanya, organisasi APMT dalam satu DUN berjumlah 16 orang; seorang Ketua Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu, 2 orang Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu dan 13 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Namun katanya, Agensi yang baru ini lebih teruk ‘penyelewengan’ dan ‘penyalahgunaan kuasa’ dari apa yang telah dilakukan pada zaman Idris.

”Fokus utama APMT kali ini lebih serius kepada "daftar pemilih" dan "keahlian UMNO", memandangkan UMNO perlu bekerja keras membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihanraya ke 13,” ujarnya.

Ahmad Said menggunakan APMT, yang ditubuhkan dan digajikan dibawah kerajaan negeri, namun melakukan kerja-kerja parti UMNO !

Jumaat, Jun 26, 2009

PERTIKAI JANGAN TAK PERTIKAI

Pro-Idris pertikai rombakan Hisham - Malaysiakini

Kumpulan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said.Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan.

"Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad.

Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha, Ahmad Shabery ketua penerangan dan Abdul Rahin pula bendahari.

Tengku Putera menggantikan ketua Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ahmad Shabery (Datuk Zuber Embong) dan Abdul Rahin (Datuk Roslan Awang Chik).

Umno Terengganu terus-menerus berdepan kemelut sejak Ahmad menggantikan Idris, Mac tahun lalu, apabila sebahagian besar ADUN tidak menyokong kempimpinan Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ahmad mempertikaikan kenapa isu rombakan terus dibangkitkan.

"Setahu saya Datuk Seri Idris telah menyatakan persetujuan siapa sahaja yang mahu dilantik oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya, yang enggan mendedahkan identitinya.

"Adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?"

Sabtu, Jun 13, 2009

PEMIMPIN UMNO TRG DITAHAN SPRM?

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?

Written by Editor - sumber : Buletin Online
Friday, 12 June 2009 02:57


BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?

KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta.

Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004.

BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.

Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu.

Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta. Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).

Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.

Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).

Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.

Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.

Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.

Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu. Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.

Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.

Jadi apa kaitannya ?

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).

Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.

Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM 500,000.

Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.

Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan?

Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said?Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !

Last Updated on Saturday, 13 June 2009 02:27

Jumaat, Jun 05, 2009

UMNO BERBALAH HINGGA BUMBUNG STADIUM RUNTUH

Oleh kerana puak-puak di dalam Umno Terengganu saling bertelagah di antara satu sama lain, kerajaan Umno negeri Terengganu telah mengabaikan pembangunan dan kebajikan di negeri tersebut kerana mereka asyik berpolitik, sehingga mengakibatkan runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Runtuhan tersebut berlaku akibat daripada struktur bangunan yang tidak kukuh dan jelas terdapat elemen-elemen rasuah di dalam pemberian kontrak pembinaan tersebut sampailah ke peringkat kelulusan dan persijilan.

Sekiranya kerajaan Umno negeri Terengganu itu benar-benar mengutamakan pembangunan dan keperluan rakyat, runtuhan stadium yang sedemikian yang sungguh memalukan tidak akan berlaku. Kejadian tersebut telah benar-benar memalukan seluruh negara di mata dunia.

Tahukah apa yang akan berlaku jika sekiranya terdapat acara sukan dan keramaian yang sedang berlangsung di dalam stadium tersebut pada hari kejadian? Sudah pasti beratus-ratus orang akan mati ditimbus runtuhan tersebut. Malah besar kemungkinan juga ada orang kenamaan ataupun dari kalangan keluarga di raja akan turut menjadi mangsa akibat daripada kejadian tersebut.

Adakah kerajaan negeri ingin menunggu sehingga ada orang meninggal dunia barulah tindakan susulan diambil?Difahamkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mengeluarkan Sijil Penyempurnaan Kerja terhadap stadium tersebut kerana mereka telah mengetahui struktur bangunan stadium tersebut tidak kukuh dan merbahayakan.

Tetapi kenapa pula pihak JKR tidak menghalang stadium tersebut daripada dibuka kepada orang ramai atau digunapakai walaupun mereka mengetahui stadium tersebut tidak selamat untuk digunakan?

Adakah mereka ini cuba merahsiakan sesuatu ataupun telah dirasuah oleh pihak-pihak tertentu agar perkara ini tidak dihebohkan kepada umum?Ini jelas menunjukkan bahawa elemen rasuah dan penyalahguna kuasa sememangnya sedang berlaku di dalam projek pembinaan stadium ini.

Rasuah tetap rasuah !

(Dipetik daripada : http://changeformalaysia.blogspot.com/)

ALAHAI KERAJAAN UMNO…

SPM 10 Subjek: Memutar Masa ke Belakang

Oleh : alMansur

Salam perjuangan.. Keadaan sekarang memerlukan Sistem Pendidikan Negara dikendalikan oleh golongan cendiakawan & intelektual. Ini kerana, para cendiakawan dan intelektual bertindak di atas kewarasan dan kajian Ilmiah. Namun, apa yang berlaku sekarang, sistem pendidikan negara telah dikendalikan sepenuhnya oleh tangan-tangan politik.

Maka tidak hairanlah berlakunya perkara-perkara diluar kotak fikiran (tindakan bodoh) yang menyebabkan kicar-kacirnya perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Beberapa tindakan bodoh kerajaan seperti PPSMI dan yang terbaru menghadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran sahaja hanya akan merugikan kebangkitan intelektual dikalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Menghadkan 10 subjek bukanlah penyelesaian kepada masalah pembiayaan biasiswa. Mungkin banyak lagi cara lain yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, badan-badan pembiayaan biasiswa hanya dibenarkan membiayai biasiswa dengan merujuk kepada 10 subjek teras sahaja bagi setiap aliran. Manakala subjek selebihnya dijadikan sebagai kaedah persaingan sihat dikalangan pelajar.

Alangkah malangnya pelajar di Malaysia, dalam keadaan masyarakat dunia yang sedang berkembang di era globalisasi ini, sebaliknya pelajar Malaysia telah di sekat dari menguasai kepelbagaian cabang ilmu, ini sangat merugikan negara dan umat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mengambil aliran agama, sudah pasti tidak akan dapat mengambil subjek pure science kerana terikat dengan peraturan bodoh ini (terhad kepada 10 subjek sahaja). Maka akan berlakulah pemisahan ilmu, yang mana pada 50 tahun dari sekarang, kita akan menyaksikan lahirnya golongan-golongan intelektual yang buta tentang kensep 'Kesepaduan Ilmu'.

Persoalannya sekarang, kemana para cendiakawan-cendiakawan negara di dalam menganalisa isu ini? Kenapa tiada seorang pun yang tampil memberi pandangan terhadap tindakan bodoh kerajaan ini?

-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com